FAQ

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH AGEN

Pelanggan tidak menerima Topup

Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.

Topup lambat diterima oleh pelanggan

Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

Perkara lain yang mungkin terjadi

SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.

Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal ?

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:

  • Prepaid Handphone anda habis.
  • Modal (eWallet) anda habis.
  • Pin anda sedang diblock.
  • Pin anda salah.
  • Kod produk salah.
  • No. Tujuan tidak benar.
  • Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
  • Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.

Berapa lama Account Agen baru akan aktif setelah melakukan deposit ?

Account baru akan aktif kurang lebih 30 minit hingga 24 jam (jika tidak ada apa-apa masalah connection). Akan ada transaksi sms dari Mytopup.com.

Apakah deposit modal (eWallet) agen akan hangus dalam waktu tertentu ?

Deposit modal credit tidak akan burn dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

 

Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?

Ya boleh. Sila rujuk arahan sms.

Deposit modal (eWallet) agen/dealer berkurang,sedangkan transaksi belum masuk ?

Sila complain dengan menaip sms seperti yang dinyatakan di dalam format sms.

Berapa lama deposit modal (eWallet) akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in ?

Modal anda akan diproses dalam tempoh 4 jam (jika tidak ada apa-apa masalah connection) dan anda menerima pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.

Bagaimanakah cara untuk saya menukar no HP atau yahoo messenger yang saya telah daftarkan dengan No HP atau yahoo messenger yang baru?

Jika anda ingin menukarkan no HP atau yahoo messenger anda akan dikenakan CAS RM10 bagi setiap penukaran. Sila hantarkan sms seperti berikut:

Nama<jarak>no hp lama<jarak>no hp baru<jarak>ym lama<jarak>ym baru

Hantar ke 012-6848521

Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain pertanyaan di atas ?

Sila hubungi kami ditalian 012-6848521.